Jemaah Nazir Dan Jaminan
Kualiti Negeri Sembilan mula beroperasi di sebuah bilik di Jabatan
Pelajaran, Negeri Sembilan mulai tahun 1970-an. Pejabat Jemaah Nazir Dan
Jaminan Kualiti ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Dom Amin yang sebelum
ini bertugas sebagai Ketua Nazir Negeri Bahagian Selatan Johor. Jawatan
KNN pada masa itu dikenali sebagai Ketua Nazir Selatan Tengah meliputi
kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan merangkumi Muar dan Segamat.
Setelah
beroperasi selama tujuh tahun, JNJKNS telah berpindah ke bangunan
Yayasan Negeri Sembilan iaitu di Tingkat 9. Pada tahun 1997, JNJK Negeri
Sembilan sekali lagi berpindah ke tingkat lima di bangunan yang sama
hingga ke hari ini. Kedudukan JNJK Negeri Sembilan sangat strategik
kerana terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Seremban. Di sekelilingnya
pula terdapat Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Agama Islam dan
Jabatan-jabatan lain yang memudahkan orang-ramai berurusan.
Dari segi
pentadbiran sehingga tahun 2005, JNJK Negeri Sembilan diterajui oleh 9
orang Ketua Nazir Negeri (KNN). Kini JNJK Negeri Sembilan diketuai oleh
Tuan Haji Kamarudin Haji Abu Bakar. Perlantikan beliau dibuat setelah
Tuan Haji Md Shah Bachik berpindah ke JNJK Ibu Pejabat, Putrajaya.
Beliau menjawat jawatan tersebut mulai 16 November 2003 hingga ke hari
ini.
Warga Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Sembilan seramai 17
orang. Pegawai Nazir Sekolah yang bertugas di pejabat ini seramai 12
orang dan dibantu 5 orang kakitangan sokongan.
Sebelum Tuan Haji Md.
Shah Bachik menjawat jawatan KNN, jawatan tersebut disandang oleh Dr.
Abdul Karim Md. Nor. Allahyarham dilantik sebagai KNN mulai 1 April
2000. Sebelum itu Allahyarham bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah
Sektor Bahasa di Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran
Malaysia. Allahyarham bersara wajib pada 5 September 2001 setelah
berkhidmat 1 tahun 5 bulan.
Tuan Haji Kadir Rashid dilantik sebagai KNN,
JNJK Negeri Sembilan mulai 1 Januari 1997. Sebelum dilantik sebagai
KNN, beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah Sains Sosial di JNS
Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau bersara wajib pada 16 Mac 2000.
Sebelum Tuan Haji Kadir terdapat beberapa orang lagi KNN yang bertugas
di JNJK Negeri Sembilan. Ini termasuklah Tuan Haji Borhan, Encik
Aloysius Lee, Tuan Haji Zainuddin Md Top, Tuan Haji Saad Bongkek, Tuan
Haji Kamarudin Marican dan Tuan Haji Azali Mahba dan pengasasnya, iaitu
Tuan Haji Mohd Dom Amin.